Pages

My Blog List

Monday, March 15, 2010

Vivacious Sr menyerlah

HADIR dengan reputasi tinggi selaku pasukan pilihan, Vivacious Senior mudah mendominasi hari pertama pertandingan Sorak i-Metro sempena Karnival Futsal i-Metro 2010 Zon Utara di Safira Sports Planet, Seberang Jaya, semalam.
Dibarisi rata-rata peserta berusia 16 dan 17 tahun, nama Vivacious Senior memang cukup terkenal di Pulau Pinang dan kelibat anggota skuad berkenaan sering kali dilihat pada mana-mana pertandingan besar yang pernah diadakan.
Dengan kombinasi serta formasi yang cukup menarik, Vivacious Senior berjaya memikat juri pertandingan serta penonton yang membanjiri Safira Sports Planet. Skuad berkenaan berjaya mengumpul 246 mata, jauh mengatasi mata yang dikumpul empat pasukan lain.

Pertandingan Sorak i-Metro berjaya menarik penyertaan empat pasukan yang semuanya berpangkalan di sekitar Pulau Pinang.

“Pasukan ini pernah menyertai beberapa pertandingan besar sebelum ini. Saya meletakkan harapan serta kepercayaan yang cukup tinggi kepada pasukan Vivacious Senior kali ini.

“Mereka sudah berpengalaman dan menjalani latihan secara serius sebanyak tiga kali seminggu iaitu Selasa, Khamis dan Sabtu. Mereka adalah yang terbaik di Sekolah Menengah Kebangsaan (P) St George dan mereka juga anggota kelab sorak di sekolah,” kata guru pengiring Vivacious Senior, Khairunniza Abdul Hamid.

1 comments:

aziniza said...

got my name on it=)proud~ngee