Semua pelajar boleh download format elemen 2 kerja kursus sejarah 2011.(pelajar boleh edit terus dari sini kerana cikgu dah susun semuanya mengikut format.Dan untuk lampiran,cikgu juga dah sediakan lokasi tempat MPPP).download melalui link di bawah.
http://www.scribd.com/doc/50067181
Friday, March 4, 2011
Wednesday, February 9, 2011
PANDUAN PELAKSANAAN DAN PENILAIAN KERJA KURSUS
Sila klik link di bawah untuk mengetahui panduan bagi melaksanakan Kerja Kursus Sejarah 2011
http://lp.moe.gov.my/files/kerjakursus/2011/PMR/21-2%202011/2011%20Panduan%20penskoran%2021-2.pdf

Sunday, February 6, 2011
Panduan Melaksanakan Kerja Kursus
Kerja Kursus
Panduan Melaksanakan Kerja Kursus
Arahan Kepada Calon: 1. Calon PMR wajib melaksanakan Kerja Kursus Sejarah. 2. Calon hendaklah mendapat bimbingan guru dalam pemilihan tajuk kajian. Tajuk kajian mestilah berkaitan dengan negara kita Malaysia. 3. Calon mesti melaksanakan ketiga-tiga elemen 4. Calon digalakkan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk mencari dan mengumpul fakta sejarah. 5. Calon boleh menjalankan kajian secara berkumpulan tetapi hasil kerja mestilah secara individu. 6. Fakta sejarah yang dikumpul untuk Elemen 1 hendaklah didokumentasikan bersama-sama hasil Elemen 2 dan Elemen 3. 7. Hasil kerja kursus calon mestilah merupakan hasil usaha sendiri dan tidak ditiru daripada mana-mana pihak. 8. Elemen 2 hendaklah dihasilkan dalam bentuk esei tidak kurang daripada 15 halaman mengikut format yang ditetapkan. 9. Hasil kerja kursus hendaklah ditulis tangan, ditaip atau menggunakan komputer. Penulisan menggunakan komputer hendaklah dengan fon Times New Roman, saiz 12 dengan langkau 2.0. 10. Hasil kerja kursus hendaklah menggunakan kertas saiz A4 sahaja.11. Maklumat peribadi calon hendaklah ditulis di halaman hadapan laporan. 11. Penilaian proses kerja calon akan dilakukan sepanjang masa kerja kursus dilaksanakan. 12. Penilaian dan pemberian markah dilakukan selepas pelaksanaan setiap elemen.
ELEMEN DAN ASPEK YANG DINILAI
E 1.0 Mengumpul fakta sejarah
1.1 Mencari dan mengumpul fakta sejarah daripada sumber yang sahih.
E 2.0 Merekod fakta sejarah
2.1 Mengelas, menganalisis, mentafsir dan merumus fakta sejarah mengikut format yang ditetapkan.
E 3.0 Penerapan unsur patriotisme
3.1 Berbangga sebagai rakyat Malaysia
3.2 Bersemangat setia negara
3.3 Bersemangat kekitaan
3.4 Berdisiplin
3.5 Berusaha dan produktif
Format / Jadual Pelaksanaan
Elemen 1 - (Mac-April) – pengumpulan fakta• Elemen 2 - (April-Mei) - pembinaan folio Pemantauan LPM – E1 dan E2 (April) kali pertama Elemen 3 - (Mei-Jun) - menulis esei • Pemantauan LPM – E3 (Mei@Jun) kali kedua• Penggredan (Jun)
Penghargaan (contoh)
Saya amat bersyukur kerana dengan izin Allah dapat menyiapkan tugasan kerja kursus sejarah ini dengan sempurna dan lancar.Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada kedua ibu bapa iaitu En. Murad b. Ali dan Pn. Rahimah bt. Selamat yang banyak memberi dorongan dan bantuan daripada segi idea, maklumat, kewangan dan sokongan moral dalam usaha menyiapkan tugasan ini.Tidak lupa juga kepada En. Muhammad Faizal Bin Abdul Aziz , iaitu guru mata pelajaran Sejarah SMK Gerik yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan dalam menjayakan kerja kursus ini.Ucapan terima kasih juga dikhususkan kepada para rakan iaitu Nur 'Ain Sofiyya dan Aisyah yang turut membantu berkongsi bahan internet dan meminjamkan buku ilmuan serta majalah kepada saya.Segala jasa dan sumbangan yang telah diberikan oleh semua pihak amatlah dihargai. • Kpd 3 pihak – ibubapa, guru, rakan
Objektif kajian
Objektif kerja kursus sejarah ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti sumber-sumber sejarah yang sahih. Ini akan dapat membantu saya membuat kajian ilmiah dengan tatacara yang betul. Objektif seterusnya adalah dapat mengetahui secara mendalam tentang bangunan bersejarah dari segi latar belakang, tujuan pembinaan, bahan-bahan yang digunakan serta cara pembinaan bangunan tersebut dibina.Objektif selanjutnya adalah untuk menanam semangat patriotik bagi menghargai warisan tradisi budaya bangsa yang masih terpelihara. · Menghuraikan 3 Objektif
Kaedah kajian
Saya telah melayari internet untuk memperoleh maklumat yang berkaitan dengan tajuk kajian. Antara laman web yang saya layari termasuklah http:/www.malaysiana.pnm.my. Maklumat tersebut dimuat turun untuk dijadikan bahan rujukan.Saya juga membuat penyelidikan di Perpustakaan Tun Razak, Ipoh. Saya merujuk beberapa sumber seperti buku berjudul “ Bangunan-bangunan bersejarah di Negeri Perak” dan majalah “Warisan”. Maklumat yang berkaitan difotostat dan disalin dalam buku catatan.Selain dari itu saya telah melawat bangunan tersebut untuk lebih mengenali dan melihat dengan mata sendiri keunikkan bahan binaan yang digunakan serta dapat mengaitkan pengaruh penjajah masa itu di negara kita.Menghuraikan 3 kaedah.
HASIL KAJIAN
1. Nama bangunan; Nama lain sekiranya ada 2. Latar belakang; - Asal-usul - Pengasas (sekiranya ada) - tarikh pembinaan - lokasi - kos pembinaan - tujuan pembinaan - perasmian 3. Keistimewaan bangunan - reka bentuk pelan - bahan binaan - pengubahsuaian - hiasan dalaman - kegunaan dahulu dan sekarang - cara pembinaan
Rumusan (contoh)
Kajian sejarah ini didapati dapat membantu saya sebagai pelajar mengetahui dengan lebih mendalam tentang bangunan bersejarah dalam negara kita.Maklumat yang berjaya dikumpul telah memberi pendedahan betapa kita perlu menghargai bangunan bersejarah di negera kita.Melalui kajian sejarah ini, kita dapat mengujudkan perpaduan kaum dan dapat mempupuk keharmonian di kalangan rakyat. Keadaan ini akan menjamin keamanan negara dan kita perlulah bersyukur dengan keharmonian yang dinikmati.Nilai murni seperti sabar dan bekerjasama ketika menyiapkan kerja kursus merupakan pendedahan yang berguna kepada saya untuk masa depan.Melalui kajian ini, semangat patriotik berjaya ditanam. Kewujudan bangunan bersejarah perlulah dipertahankan kerana ia membantu membentuk jati diri sebagai warganegara Malaysia. · 3 unsur patriotisme berkaitan tajuk/ iktibar
Elemen 3 – Tugasan 2
Tulis satu esei tidak kurang daripada 100 patah perkataan yang mengandungi pengamalan unsur patriotisme berdasarkan soalan di bawah. • Bagaimanakah pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah dapat memupuk semangat cintakan warisan bangsa dalam kalangan rakyat Malaysia?
Susunan Kerja Kursus
Kulit buku spt yg dibekalkan oleh LPM (format)
1. Elemen 1: Bahan-bahan drp org sumber, jurnal, buku, internet, dsbnya (fotostat)
2. Elemen 2 (a) Tajuk. (b) Senarai kandungan. (c) Penghargaan. (d) Objektif Kajian. (e) Kaedah kajian. (f ) Laporan Kajian. (g) Rumusan. (h) Lampiran. (i) Rujukan
3. Elemen 3a. Esei – 150 patah perkataan

Wednesday, February 2, 2011
LINK WEBSITE UNTUK KERAJAAN TEMPATAN-KERJA KURSUS PMR 2011
Di bawah ini cikgu senaraikan link-link yang berkaitan dengan kerajaan-kerajaan tempatan di Pulau Pinang. Ia boleh dijadikan bahan rujukan untuk elemen 1.
P/S:TOLONG JANGAN COPY PASTE DALAM WORD.KENA TRUS PRINT DARI WEBSITE UNTUK DILETAKKAN DALAM ELEMEN 1.KALAU TIDAK,KENA REDO.!
1) http://www.mpsp.gov.my/prsejarah.asp
-website ni tentang MPSP( majlis perbandaran Seberang Perai).ada sejarah,lokasi,logo.sume boleh amik dari website ni untuk dimasukkan dlm hasil kajian:))
2) http://www.mppp.gov.my/latarbelakang
-lebih kurang sama dengan website mpsp.
3) http://ms.wikipedia.org/wiki/Kerajaan_tempatan_di_Malaysia
-boleh ambil isi tugas untuk dimasukkan dalam hasil kajian
4) http://www.mbsa.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=95604d44-7da7-484a-ad62-5503af5a7bfd&groupId=10124
-banyak maklumat..ttg sejarah kerajaan tempatan.bidang tugas,etc

Tuesday, February 1, 2011
Wednesday, March 17, 2010
USM TEMUI TAPAK TAMADUN TERAWAL DI ASIA TENGGARA
SUNGAI BATU, 6 MAC: Penyelidik Arkeologi Universiti Sains Malaysia mencatat sejarah apabila berjaya menemui tapak tamadun terawal di Asia Tenggara yang wujud pada awal abad ke-2 di kawasan Sungai Batu berhampiran kawasan Lembah Bujang, Kedah.
Tamadun di Sungai Batu ini adalah jauh lebih tua berbanding beberapa penemuan lain di sekitar Asia Tenggara seperti kompleks kuil Angkor Wat di Cambodia yang wujud di sekitar abad ke-12 dan Candi Borobudur di Indonesia yang dibina pada abad ke-9.
Pengesahan pentarikhan dijalankan di beberapa makmal termasuklah di Beta Analytic Lab di Amerika Syarikat, University Oxford, University of Washington dan Korea Basic Science Institute di Korea menerusi kaedah ‘Radio Carbon’ dan OSL (Optically Stimulated Luminescence).
Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan ketika mengumumkan penemuan tersebut berkata penemuan tersebut memberikan perspektif baru terhadap sejarah ketamadunan negara kerana tamadun yang ditemui ini turut membuktikan bahawa kawasan Sungai Batu sebelum ini pernah menjadi lokasi perdagangan besi pada ketika itu.
“Berdasarkan penyelidikan yang diketuai oleh Prof. Madya Mokhtar Saidin, Pengarah, Pusat Penyelidikan Arkeologi Global USM, kita turut menemui tapak peleburan besi. Berdasarkan saiz dan artifak yang ditemui, kita percaya kawasan ini pernah menjadi lokasi peleburan besi utama untuk tujuan eksport suatu ketika dahulu.
“Ini membuktikan bahawa Malaysia mempunyai sumber warisan sejarah yang boleh dibanggakan dan pihak kementerian bercadang untuk melaporkan penemuan ini kepada Jemaah Menteri supaya tindakan yang terbaik dapat diambil bagi memelihara sumber warisan ini,” kata beliau kepada media selepas mengadakan lawatan ke Tapak Arkeologi Sungai Batu hari ini.
Menurut beliau lagi, pihak kementerian turut bercadang untuk mewartakan kawasan tersebut sebagai Taman Warisan Lembah Bujang agar aktiviti mengurusan kawasan seluas hampir 3 kilometer persegi ini dapat dijalankan dengan baik.
“Kita juga akan menubuhkan jawatankuasa yang akan melihat kepada keperluan fizikal termasuk proses pemilikan tanah dan penjagaan artifak bagi membolehkan warisan negara ini dipelihara dengan baik dan sempurna,” kata beliau.
Pasukan penyelidik USM yang memulakan ekskavasi pada awal Februari 2009 ini turut menemui tapak ‘ritual’ yang dibangunkan pada tahun 110 Masihi dan dipercayai menjadi pusat kepada tamadun di Sungai Batu ini.
Selain itu , batu bersurat dengan tulisan bahasa Sanskrit Pallava yang berkisar kepada kepercayaan Buddha dan animisme serta pelbagai artifak seperti pisau dan manik turut dijumpai.
Sementara itu, menurut Prof. Madya Mokhtar Saidin sebanyak 10 tapak daripada 97 tapak yang dikenalpasti telah diekskavasi dan pihaknya menjangkakan banyak lagi penemuan baru yang bakal diperlihatkan khususnya berhubung struktur kehidupan masyarakat dalam tamadun tersebut.
Penyelidikan ini dijalankan dengan suntikan dana berjumlah RM 2.3 juta oleh pihak kementerian bagi membiayai segala proses kerja termasuk ekskavasi, penyediaan maklumat dan data GIS, geofizik dan seni kreatif Lembah Bujang.
Turut hadir ketika kunjungan berkenaan ialah Prof, Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak, Naib Canselor USM, Puan Sri Datin Masrah Hj. Abidin, isteri Naib Canselor dan Prof. Emeritus Dato’ Siti Zuraina Abdul Majid, Pesuruhjaya Warisan, Jabatan Warisan Negara.
Nota Gambar: PELEBURAN BESI… Dato’ Seri Dr. Rais diberi penerangan berhubung fungsi ‘twerer’ iaitu alat bagi memasukkan oksigen dalam proses peleburan besi oleh calon Doktor Falsafah, Zolkurnian bin Hassan dan Prof. Madya Mokhtar sambil diperhatikan oleh Prof. Tan Sri Dzulkifli (paling kanan) dan prof. Emeritus Dato’ Siti Zuraina (tiga dari kanan).
Foto: Mohd Fairus Md Isa

Monday, March 15, 2010
Vivacious Sr menyerlah
HADIR dengan reputasi tinggi selaku pasukan pilihan, Vivacious Senior mudah mendominasi hari pertama pertandingan Sorak i-Metro sempena Karnival Futsal i-Metro 2010 Zon Utara di Safira Sports Planet, Seberang Jaya, semalam.
Dibarisi rata-rata peserta berusia 16 dan 17 tahun, nama Vivacious Senior memang cukup terkenal di Pulau Pinang dan kelibat anggota skuad berkenaan sering kali dilihat pada mana-mana pertandingan besar yang pernah diadakan.
Dengan kombinasi serta formasi yang cukup menarik, Vivacious Senior berjaya memikat juri pertandingan serta penonton yang membanjiri Safira Sports Planet. Skuad berkenaan berjaya mengumpul 246 mata, jauh mengatasi mata yang dikumpul empat pasukan lain.
Pertandingan Sorak i-Metro berjaya menarik penyertaan empat pasukan yang semuanya berpangkalan di sekitar Pulau Pinang.
“Pasukan ini pernah menyertai beberapa pertandingan besar sebelum ini. Saya meletakkan harapan serta kepercayaan yang cukup tinggi kepada pasukan Vivacious Senior kali ini.
“Mereka sudah berpengalaman dan menjalani latihan secara serius sebanyak tiga kali seminggu iaitu Selasa, Khamis dan Sabtu. Mereka adalah yang terbaik di Sekolah Menengah Kebangsaan (P) St George dan mereka juga anggota kelab sorak di sekolah,” kata guru pengiring Vivacious Senior, Khairunniza Abdul Hamid.